IMG-20160119-WA0001 Tentang Metro

Bersama-sama, kita menjadikan kehamilan anda sesuatu yang tidak mustahil.

Selamat datang ke laman Metro IVF.

Keputusan untuk memulakan sebuah keluarga adalah satu fasa perubahan kehidupan. Bagi sesetengah individu, ia adalah sedikit mencabar bagi mereka. Memilih pakar kesuburan yang betul adalah penting. Di Metro IVF, kami memahami kepentingan keputusan ini.

Ditubuhkan pada tahun 1999, bayi pertama IVF dilahirkan pada tahun 2000.Sejak itu, kami terus berusaha untuk membantu pasangan di seluruh Malaysia seiring dengan reputasi kami sebagai sebuah pusat kesuburan yang dipercayai dalam membuat impianan dan menjadi kenyataan. Kini, kami mengalu-alukan pesakit dari seluruh dunia.

Misi dalam praktis kami adalah belas kasihan dan bertanggungjawab. Metro IVF diuruskan oleh satu pasukan yang terdiri daripada doktor yang berkepakaran tinggi, pakar perubatan, jururawat, saintis dan kaunselor yang berpengalaman untuk memastikan kejayaan misi. Kami menawarkan Assisted Reproductive Technologies (ART) moden, menyediakan penyelesaian masalah kesuburan bagi lelaki dan wanita. Metro IVF kini mempunyai rangkaian lima buah klinik di serata Selangor dengan ibu pejabat yang terletak di pusat Bandar Klang.

Kami menjemput anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasukan kami dan perkhidmatan kami. Anda telah menunggu lama untuk merealisasikan impian ini, sila hubungi kami sekarang dan bersama melihat bagaimana kami boleh membantu anda untuk mencapai salah satu keajaiban hidup.

Bersama-sama, kita menjadikan kehamilan anda sesuatu yang tidak mustahil.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH