Embrio yang telah dibekukan akan disimpan di dalam nitrogen cecair pada suhu -196°C . Purata kadar mandiri embrio adalah selepas dicairkan 90% dan ianya bergantung kepada kualiti embrio sebelum di bekukan. Kadar mandiri embrio akan merosot berbanding ianya sebelum dibekukan. Ini adalah disebabkan oleh proses pembekuan dan pencairan. Tempoh masa simpanan di dalam nitrogen cecair tidak akan mempengaruhi kadar kemandirian embrio.

Semasa proses pembekuan, embrio terdedah kepada penurunan suhu yang drastik akan menjejaskan kadar kemandirian embrio. Selain itu pembentukan ais kristal intraselular dan dehidrasi juga boleh menyebabkan kerosakan pada embrio. Untuk melindungi embrio, cryoprotectant digunakan semasa proses pembekuan dan pencairan.

Pembekuan Embrio

Pembekuan embrio dilakukan apabila terdapat lebihan embrio selepas IVF atau ICSI. Biasanya 3 embrio terbaik akan dipilih untuk dipindahkan ke dalam rahim manakala selebihnya akan disimpan untuk dibekukan. Ia juga djalankan dalam keadaan apabila embrio tidak dapat dipindahkan atas sebab-sebab tertentu contohnya OHSS (sindrom ovari hiperstimulasi) atau pendermaan embrio.

Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk membekukan embrio iaitu pembekuan perlahan dan vitrifikasi. Pembekuan perlahan memerlukan sebuah alat pembeku yang boleh diprogramkan dan ia melibatkan proses membilas embrio didalam media pembekuan yang mengandungi cryoprotectant. Kaedah ini memakan masa kerana memerlukan 3 hingga 4 jam bagi melengkapkan keseluruhan proses.

Vitrifikasi adalah kaedah pembekuan yang cepat, tidak memerlukan alat pembeku dan hanya memerlukan beberapa minit. Embrio akan dicelupkan ke dalam nitrogen cecair setelah direndam di dalam cryoprotectant yang berkepekatan tinggi. Embrio yang telah dibekukan sama ada secara pembekuan perlahan atau vitrifikasi akan disimpan di dalam nitrogen cecair.

Apabila pesakit telah bersedia untuk menerima embrio, embrio di dalam simpanan akan dicairkan. Sebelum itu, beberapa terapi akan diberi untuk memastikan endometrium pesakit cukup tebal untuk membolehkan proses penempelan berlaku. Antara hormon yang diperlukan adalah GnRH-agonis, estrogen dan progesteron. Kadar kejayaan bagi embrio beku adalah hampir sama seperti embrio segar (50%).

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa proses pembekuan embrio meningkatkan kecacatan pada bayi.

Freezing-planer Penyejukbekuan Sperma / Telur / Embrio

Program freezing planer digunakan untuk prosedur permbekuan perlahan.

Embryo-storage Penyejukbekuan Sperma / Telur / Embrio

Tangki cecair nitrogen dugunakan untuk menyimpan embrio.

Pembekuan sperma

Pembekuan sperma dilakukan sekiranya pasangan lelaki tidak dapat mengeluarkan sperma pada hari berlangsungnya IUI atau IVF.Ia juga dinasihatkan kepada lelaki yang akan menjalani radioterapi atau kimoterapi.

Sperma yang telah dibekukan akan disimpan di dalam nitrogen cecair. Sperma yang telah dibekukan ini akan dicairkan apabila diperlukan untuk ART. kadar mandiri sperma yang dibekukan adalah lebih rendah berbanding sperma yang segar. Oleh itu, sperma segar lebih digalakkan untuk ART.

Pembekuan ovum

Pembekuan ovum jarang diaplikasikan berbanding pembekuan sperma atau embrio. Ini adalah kerana kadar mandiri dan kadar persenyawaan selepas dicairkan adalah terlalu rendah.

Kadar mandiri bagi telur yang dibekukan adalah sekitar 18% hingga 52% manakala kadar persenyawaan adalah kurang daripada 50%. Oleh itu, ia jarang diamalkan. Pembekuan telur biasanya dijalankan bagi wanita yang akan menjalani radioterapi atau chemoterapi.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH