Pendermaan telur

Dalam pendermaan telur, telur diperolehi daripada penderma, dan akan disenyawakan dengan sperma dari pasangan lelaki penerima. Indikasi pendermaan telur adalah:

  • Tidak dapat menghasilka telur mereka sendiri
  • Berusia
  • Kegagalan ovari pramatang
  • Sindrom ketahanan ovari
  • Penyakit keturunan
  • Kegagalan kitaran IVF yang berulang

Wanita yang menderma telur akan menerima COH sama seperti kitaran IVF, manakala penerima diberi ubatan supaya endometrium penerima bersedia untuk menerima embrio semasa pemindahan embrio. Dengan kata lain, endometrium penerima akan diselaraskan dengan penderma. Endometrium penerima akan disediakan oleh satu siri ubat hormon.

Jika kitaran haid penerima tidak dapat diselaraskan dengan yang penderma, maka embrio yang terhasil akan dibekukan dan pemindahan embrio akan dilakukan kemudian apabila penerima bersedia. Selepas pemindahan embrio, penerima akan diberi ubat-ubatan untuk sokongan luteal.

Pendermaan sperma

Pendermaan sperma direka untuk lelaki yang azoospermia (tiada sperma) atau mempunyai penyakit keturunan . Sperma dikumpulkan daripada penderma sperma dan diproses, kemudian digunakan untuk IUI atau IVF.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH