Apakah Pembedahan Mengeluarkan Sperma?


Ini merupakan pembedahan kecil yang dilakukan untuk mengumpulkan sperma dari vas deferens, epididimis atau testis. Ubat pelali atau bius am diperlukan untuk prosedur. Pembedahan mengeluarkan sperma boleh membantu mereka yang mampu untuk menghasilkan sperma tetapi sperma tidak boleh memasuki dan menyertai air mani kerana vas deferens atau epididimis tersumbat.

Sperma yang dikumpulkan adalah tidak matang dan tidak mampu untuk bersenyawa dengan telur melalui cara konvensional. Oleh itu, sperma yang diambil melalui pembedahan akan digunakan bersama-sama dengan ICSI untuk mencapai persenyawaan.

Terdapat tiga jenis pembedahan, iaitu percutaneous sperm aspiration (PESA), micro-epididymal sperm aspiration (MESA) and testicular sperm extraction (TESE). Pilihan untuk rawatan akan bergantung kepada keadaan individu.


Jenis Pembedahan

PESA

PESA biasanya merupakan pilihan pertama yang digunakan untuk pesakit azoospermia. Prosedur ini mengambil tempoh yang agak singkat, prosedur yang mudah dan tidak menyakitkan kerana ia tidak memerlukan pemotongan pembedahan.

Dalam PESA, jarum halus dimasukkan ke dalam epididimis melalui skrotum dan cecair diaspirat perlahan-lahan dari epididimis. Bius diberikan untuk prosedur ini. Cecair yang diperolehi kemudiannya dianalisis untuk kandungan sperma dan motilitinya. Sel-sel sperma diambil dari PESA akan digunakan untuk ICSI.

TESE

TESE melibatkan biopsi testiskular (insisi kecil pembedahan di testis). Potongan kecil dibuat ke dalam testis dan sedikit sampel testis dikeluarkan, yang kemudian diperiksa untuk sperma. Prosedur ini memerlukan anestesia am dan akan menyebabkan sedikit kesakitan untuk beberapa hari.

MESA

MESA adalah rawatan microsurgical di mana potongan kecil dibuat melalui skrotum dan ke dalam epididimis. Bius am diperlukan. Bendalir yang dikumpul kemudiannya diperiksa untuk sperma. Ini adalah kaedah yang lebih invasif berbanding dengan PESA, tetapi kadar pengumpulan sperma yang lebih tinggi. Jika tiada sperma didapati di dalam cecair epididymal, pilihan seterusnya adalah TESE .

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH