Segelintir masyarakat mempercayai cerita dongeng yang disampaikan dari generasi ke generasi yang lain. Ini kerana mereka tidak mempunyai sumber kepercayaan lain dan tiada pengetahuan tentang sains.

Mitos tercipta berdasarkan pengalaman seseorang atau suatu kejadian yang berlaku secara kebetulan.Ianya tiada kajian statistik dijalankan untuk mengkaji kesahihannya.Berikut merupakan mitos berkaitan ketidaksuburan.



Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji peranan anak angkat dalam meningkatkan kesuburan tetapi tiada fakta yang membuktikannya. Terdapat kes di mana pasangan menjalani pelbagai rawatan tetapi masih gagal dan akhirnya berjaya hamil secara semulajadi tanpa rawatan.

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, terdapat penyelesaian bagi semua masalah ketidaksuburan. Selagi anda dan pasangan mempunyai ovum dan sperma, anda masih mempunyai peluan untuk hamil. ART contohnya IVF dan ICSI boleh membantu anda untuk mencapai impian. Sekiranya anda tidak mempunyai ovum atau sperma, anda boleh merealisasikan impian melalui program pendermaan ovum atau sperma.

Posisi retroverted adalah posisi semulajadi uterus dan tidak menyebabkan ketidaksuburan. 20% daripada wanita mempunyai rahim yang retroverted. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1952, peratus kehamilan bagi wanita yang mempunyai uterus retroverted dan menjalani pembedahan pembetulan adalah lebih rendah berbanding yang tidak menjalani sebarang pembedahan. Retroverted uterus bukannya indikasi untuk pembedahan.

Ia adalah benar bagi kebanyakan wanita. Sesetengah wanita yang berbulu lebat, mempunyai tubuh yang berotot dan kitaran haid yang tidak teratur berkemungkinan menghidap polycystic ovarian symptom (PCOS) yang boleh dikaitkan dengan ketidaksuburan. Masalah ini boleh ditangani dengan rawatan ubat-ubatan.

Senggugut tidak punyebabkan ketidaksuburan tetapi punca senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan. Terdapat banyak punca senggugut. Senggugut yang bepunca dari sejenis penyakit yang dipanggil endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kebanyakan wanita mengalami senggugut pada hari pertama haid dan ini dianggap normal.

Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur (beberapa bulan sekali) mempunyai tempoh subur yang sedikit dan peluang untuk hamil berkurang. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh ditangani dengan rawatan ubat-ubatan.

Jangkitan pelvis boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tiub fallopian. Kebanyakan wanita yang mengalami jangkitan pelvis tidak menunjukkan sebarang simptom.

Terdapat kebarangkalian kesuburan anda akan terjejas dalam tempoh 12 bulan selepas kali terakhir anda mengambil pil pencegah kehamilan. Walaubagaimanapun, kesan ini hanya sementara. 2 tahun selepas pemberhentian pil 80% wanita berjaya hamil dan peratusan ini meningkat kepada 87% selepas 3 tahun dan 89% selepas 4 tahun. Peratusan ini adalah sama seperti wanita yang menggunakan alat perancang kehamilan.

Pil kesuburan hanya boleh membantu wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon contohnya polycystic ovarian symptom (PCOS); Ia tidak dapat membantu wanita yang mengalami masalah tiub tersumbat atau uterus abnormal. Anda perlu mengetahui punca ketidaksuburan sebelum menentukan jenis rawatan yang sesuai.

Pil kesuburan akan meransang ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur dalam satu kitaran. Ini meningkatkan peluang untuk mendapat kandungan kembar (4%). Walaubagaimanapun, majoriti wanita yang mengambil pil kesuburan mendapat kandungan tunggal.

D&C adalah prosedur pemeriksaan dan bukan rawatan untuk membantu kehamilan.

D&C tidak menyebabkan kecederaan pada uterus. Semasa prosedur D&C hanya sejalur lapisan endometrium diambil untuk pemeriksaan. Keseluruhan lapisan ii akan diperbaiki oleh tubuh secara semulajadi pada kitaran haid yang berikutnya.

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh lelaki, wanita atau kedua-duanya. 30% daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita, 30% lagi daripaada lelaki dan 30% lagi melibatkan kedua-duanya.

Tiada hubungan yang mengaitkan kumpulan darah dan masalah ketidaksuburan.

Bagi lelaki, kesuburan bergantung kepada kualiti semen dan tiada kaitan dengan kebolehan seksual mahupun kebolehan seksual. Oleh itu, faktor luaran tidak boleh digunakan untuk menentukan kesuburan lelaki.

90% daripada kandungan semen adalah seminal fluid. Kesuburan seorang lelaki ditentukan olehkepada bilangan dan kualiti sperma yand mana hanya boleh ditentukan melalui pemeriksaan mikroskopi (analisis semen). Ia tidak boleh ditentukan oleh isipadu atau kepekatan semen. Walaubagaimanapun, isipadu semen yang terlalu sedikit boleh menjejaskan ketepatan analisis semen.

Bilangan semen boleh berubah-ubah dan ia dipengaruhi bilangan hari sejak kali terakhir semen dikeluarkan, tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan.

Ovulasi adalah satu proses dimana ovum akan dilepaskan dari ovari ke dalam tiub fallopian. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap, ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14. Oleh itu, mengadakan hubungan seks di sekitar hari berlakunya ovulasi berkemungkinan akan menyebabkan kehamilan.

Semen yang keluar selepas mengadakan hubungan seks adalah normal. Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak sperma dan ia mencukupi untuk mensenyawakan telur.

Terlalu kerap bermasturbasi atau mengadakan seks boleh mengurangkan bilangan sperma dan isipadu semen. Walaubagaimanapun, ia tidak akan menyebabkan ketidaksuburan.

Kajian menunjukkan kekurangan kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin C dan E boleh menjejaskan kesuburan. Walaubagaimanapun kes sebegini jarang ditemui. Kajian menunjukkan vitamin E dan zink berupaya untuk meningkatkan kualiti semen.

Agama boleh membantu kita untuk terus berfikiran positif. Walaubagaimanapun, kita perlu berusaha untuk mencari penyelesaian melalui kecanggihan teknologi perubatan.

Bukan semua pasangan memerlukan rawatan ART yang terkini untuk hamil. 1/3 daripada pasangan yang mengalami masalah ini berjaya hamil setelah mendapatkan nasihat doktor manakala 1/3 lagi berjaya hamil setelah menjalani prosedur harian sahaja. Selebihnya memerlukan pemeriksaan dan rawatan yang lebih kompleks. Hanya 10 peratus pasangan yang perlu menjalani teknik reproduktif bantuan (ART).


START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH