Semasa lawatan anda, ujian yang perlu dilakukan tidak dapat disiapkan pada lawatan pertama. Lawatan seterusnya akan ditentukan dengan kitaran haid pesakit yang datang pada lawatan pertama.

Biasanya, lawatan susulan anda adalah:

Hari ke 2 – hari ke 5 jika ujian hormon tidak dilakukan lagi. Ujian FSH dan LH akan dilakukan. Doktor juga akan menjalani antral follicle count (AFC) untuk anda. AFC adalah satu ujian di mana imbasan ultrabunyi melalui vagina dilakukan, untuk menilai bilangan dan saiz follicle (kantung air yang mengandungi telur) dalam ovari. Nilai AFC antara 8 hingga 15 menunjukkan simpanan ovari bagus.

Hari ke 8 untuk Ujian Tubal Patensi/ Salpingiogram Ultrabunyi
Ini adalah ujian pesakit luar yang digunakan untuk mengesan patensi tiub (Tiub Fallopio tidak tersumbat). Rongga rahim dan tiub fallopio akan dimasukkan dengan cecair padat ultrasonik. Jika salah satu daripada tiub fallopio adalah paten , cecair akan mengalir keluar dari hujung tiub fallopio dan mengisi adnexa itu (bahagian rahim) dan kantung Douglas (rongga antara rahim dan rektum). Pesakit mungkin merasa sakit dan tidak selesa di bahagian pelvis selepas ujian jika tiub beliau adalah paten.
Kelebihan salpingiogram ultrasonik berbanding hysterosalpingiogram (HSG) dan laparoskopi adalah ujian ini tidak ada radiasi atau pembedahan diperlukan.

Hari ke 12 untuk mengira Folikel Matang / Ujian
Selalunya, wanita yang mempunyai tempoh haid yang tetap sahaja dipercayai mengalami ovulasi yang tetap. Kadangkala, ovulasi boleh berlaku terlalu awal, tidak lengkap, atau sama sekali tidak hadir. Jadi ujian ini penting bagi memastikan kiraan folikel dan masa ovulasi akan berlaku. Ujian ini dilakukan di sekitar ovulasi, biasanya Kitaran Hari 11-14.

Dalam keadaan ini , folikel yang kurang berkualiti mungkin tidak boleh melepaskan telur, atau mungkin pada masa yang salah, jadi apabila telur dilepaskan ia tidak berupaya disenyawakan. Dalam kes lain, ovulasi berlaku tetapi selepas pengeluaran hormon progesteron oleh pos ovulasi folikel (dipanggil corpus luteum) mungkin tidak cukup kuat untuk membolehkan implantasi embrio awal berlaku.

Tujuan ovulasi dan pemantauan folikel adalah untuk mengenalpasti jenis masalah , kerana masalah ini boleh dirawat, biasanya dengan rawatan ubat-ubatan yang ringkas. Jika masa kitaran haid anda tidak teratur, atau jika pemantauan sebelumnya seperti dengan menggunakan carta suhu atau kit peramal ovulasi tidak konsisten, maka pemantauan ini adalah sangat membantu.

Laparoskopi merupakan prosedur harian dan memerlukan bius keseluruhan.Insisi sepanjang 0.5 hingga 1.5cm dibuat di bahagian abdomen untuk membolehkan doktor memasukkan teleskop bagi melihat organ dalaman secara langsung. Gas karbon dioksida akan dipam ke dalam abdomen supaya organ-organ tidak melekat antara satu sama lain sekaligus membantu doktor melihat dengan lebih jelas. Gas ini akan dikeluarkan semula selepas prosedur. Tiub fallopian juga akan diuji untuk memastikan ianya tidak tersumbat dengan menggunakan pewarna methylene blueyang akan dimasukkan ke dalam faraj. Jika tiub adalah paten, pewarna biru tersebut akan dilihat keluar dari hujung fimbriae (tiub).

Semasa prosedur laparoskopi, punca ketidaksuburan contohnya endometriosis, dan fibroid boleh disahkan.Laparoskopi boleh dilakukan untuk tujuan diagnostik dan juga teraputik. Contohnya, sekiranya diagnosis endometriosis disahkan semasa prosedur laparoskopi, ianya boleh dirawat pada masa yang sama. Selain itu, leraian lekatan pelvis dan penggerudian ovari (membuat lubang di dalam kapsul) juga boleh dilakukan semasa prosedur laparoskopi.

Berikut adalah indikasi bagi laparoskopi:

1. Sista atau tumor ovari
2. Myomectomy (membuang fibroid)
3. Pembedahan tiub
4. Meleraikan lekatan
5. Endometriosis
6. Menentukan kelansungan tiub fallopio
7. Histeroktomi (pembuangan rahim)
8. Histerektomi (membuang uterus)
9. Pensterilan

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH