Pemeriksaan Umum

Semasa pemeriksaan umum doktor akan memeriksa ketinggian, berat badan, tekanan darah dan kadar nadi. Selain itu, alat kelamin anda ( lelaki dan perempuan ) boleh juga akan diperiksa.

Imbasan Ultrabunyi untuk Payudara / Mammogram

Ini adalah sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan wanita dan penyiasatan untuk masalah kesuburan dan juga adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan saringan. Pemeriksaan payudara memberi manfaat dalam mengenal pasti kanser payudara pada peringkat awal. Lebih awal ia diketahui, lebih baik peluang untuk mengubatinya.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH