Pelvic-Exam Pemeriksaan Pelvik

Ovari menghasilkan banyak folikel (kantung cecair yang
mengandungi telur)setelah menerima ransangan

Intra-Vagina atau Imbasan Ultrabunyi Abdominal

Imbasan ultrabunyi adalah prosedur ringkas untuk mengkaji organ-organ reproduktif. Ia boleh mempamerkan dengan jelas imej uterus, lapisan endometrium dan ovari.Keabnormalan pada organ seperti fibroid, abnormal uterus dan sista ovari juga boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menentukan ovulasi.

Imbasan ultrabunyi menjadi rutin dalam pemeriksaanketidaksuburan, dari peringkat awal diagnosis punca ketidaksuburan, hingga untuk pengesahan kehamilan, termasuk pemantauan rutin awal kehamilan. Imbasan ultrabunyi mungkin ujian yang paling penting dalam penyiasatan ketidaksuburan. Imbasan ultrabunyi yang dilakukan secara terperinci pada pelvis wanita akan memberikan lebih banyak maklumat daripada mana-mana ujian tunggal yang lain. Sebelum penggunaan imbasan ultrabunyi diperkenalkan dalam pemeriksaan ketidaksuburan , pemantauan dan penentuan ovulasi adalah berdasarkan basal carta suhu badan, perubahan mukus serviks dan serum progesteron. Kini, imbasan ultrabunyi boleh menentukan ovulasi oleh kemunculan luteum corpus selepas ovulasi.

Semasa rawatan kesuburan yang melibatkan ransangan ovari, beberapa siri imbasan dilakukan untuk memantau saiz folikel graaf dan ketebalan dinding endometrium.Kadar tumbesaran folikel ialah 1.5mm sehari.Follicular tracking bermula pada hari ke-7 kitaran haid dan dijalankan setiap 2 hari sehingga telur matang. Biasanya ovum akan matang apabila folikel mencapai saiz 18mm dan ovulasi biasanya berlaku antara hari ke 12 hingga 14.

Pap Smear (Ujian Papanicolaou Smear)

Calitan Pap adalah ujian saringan untuk kanser pangkal rahim. Sel dikikis dari bukaan serviks dan akan diperiksa di bawah mikroskop. Serviks merupakan bahagian bawah uterus (rahim ), bahagian yang terbuka di atas faraj.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH