Latar belakang perubatan yang tepat adalah cara terbaik boleh untuk membantu mengdiagnosis punca ketidaksuburan. Ia akan menjimatkan masa dan kos kerana anda tidak perlu menjalani prosedur yang sama berulang kali.

Antara maklumat yang penting yang diperlukan untuk doktor atau konselor adalah: rekod kesihatan atau pembedahan, status kesihatan terkini, diet dan gaya hidup, keadaan kerjaya atau tempat kerja, latar belakang perkembangan seksual, penggunaan alat-alat perancang kehamilan, sejarah kehamilan atau keguguran dan amalan seksual. Sejarah perubatan akan diambil oleh doktor, embryologists dan kaunselor kami.

Pemeriksaan lanjut akan dilakukan berdasarkan pemeriksaan fizikal.

Perkara berikut adalah relevan dan harus dijelaskan semasa sesi kaunseling anda:

Wanita

Kitar haid yang normal adalah 28 hari. Kitar haid yang kurang daripada 21 hari dan melebihi 35 hari dianggap tidak normal. Kitar haid yang panjang contohnya 2 hingga 3 bulan sekali, atau amenorrhea (tiada haid) menunjukkan ovulasi tidak berlaku. Dalam erti kata lain, tiada telur yang matang dikeluarkan oleh ovari.

Rasa sakit sehari sebelum keluar haid adalah normal. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan aliran darah. Selain itu, pengumpulan cecair di dalam pelvis akan menyebabkan rasa kembung dan sakit. Sakit ini sepatutnya berkurang apabila darah telah keluar.

Sakit yang dialami semasa darah haid keluar biasanya disebabkan oleh endometriosis ( pertumbuhan sel-sel endometrium di luar uterus) yang disebabkan oleh darah yang mengalir keluar ke dalam ruang pelvis. Endometriosis akan menyebabkan pendarahan berlaku di dalam ruang pelvis semasa haid dan menyebabkan kesakitan.

Sakit ini akan berterusan apabila pendarahan berlaku. Endometriosis boleh menyebabkan kerengsaan dan pembentukan parut. Tisu parut ini boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat dan mengganggu ovulasi.

STDseperti gonorrhea dan chlamydia boleh menyebabkan lekatan pelvis. Lekatan pelvis akan menyebabkan masalah seperti organ-organ pelvis melekat antara satu sama lain, tiub tersumbat, dan kerosakan pada silia (rerambut yang membantu pergerakan ovum dari tiub fallopio ke uterus. Bagi kes kerosakan silia, risiko kandungan ektopik adalah tinggi kerana embrio akan berkembang di tiub fallopio oleh kerana kegagalan silia untuk menolak embrio ke ruang uterus.

Bagi kes terpencil seperti apendiks telah pecah, jangkitan akan merebak ke organ-organ lain seperti ovari, tiub fallopio dan uterus seterusnya membentuk tisu parut serta lekatan. Ini akan mengganggu ovulasi.

Pembedahan pelvis boleh menyebabkan lekatan pelvis dan mengganggu ovulasi.

Masalah seksual seperti vaginismus (kegagalan memasukkan penis), kekeringan vagina dan dyspareunia (sakit ketika melakukan seks) boleh menyebabkan kegagalan dan mengurangkan keinginan dan kekerapan seks diantara pasangan. Oleh itu, peluang untuk hamil juga berkurang.

Ini adalah penting supaya anda tidak perlu menjalani prosedur yang sama dan boleh menjimatkan kos. Sila bawa bersama laporan-laporan berikut:

a) Laporan ujian hormon
b) Laporan Hysterosalpingogram (HSG)
c) Laporan Laparoskopi
d) Laporan pembedahan (sekiranya pernah menjalani sebarang pembedahan)

Lelaki

Jangkitan STD seperti gonorrhea dan chlamydia menyebabkan pembentukan nanah di dalam testis, vas deferens, pundi kencing dan urehra. Sel nanah ini akan menjejaskan sperma. Jangkitan juga boleh menyebabkan pembentukan parut yang boleh menghalang laluan sperma.

Sekiranya beguk berlaku sebelum akil baligh, jangkitan virus ini boleh tersebar ke seluruh organ reproduktif dan boleh menyebabkan kemandulan. Ia juga boleh menyebabkan inflamasi pada testis, prostat atau urethra.

Pembedahan dibahagian genitalia seperti pembedahan testis atau iguinal hernia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kecederaan pada vas deferens atau testis mngkin berlaku semasa pembedahan dan ini akan mengganggu penghasilan sperma dan laluan sperma dari testis ke urethra.

Antara masalah seksual yang dialami oleh kaum lelaki termasuk mati pucuk, ejakulasi pramatang dan ejakulasi sonsang (semen mengalir ke dalam pundi kencing bukannya urethra). Ini menyebabkan kegagalan sperma untuk masuk ke vagina.

Ini adalah penting supaya anda tidak perlu menjalani prosedur yang sama dan boleh menjimatkan kos. Sila bawa bersama laporan-laporan berikut:

a) Laporan analisis semen
b) Laporan pembedahan (sekiranya pernah menjalani sebarang pembedahan)

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH