Analisa semen adalah pemeriksaan saintifik terhadap cecair semen dengan menggunakan mikroskop untuk mengkaji kesuburan lelaki dan menguji keberkesanan vasektomi. Parameter dan julat normal yang digunakan adalah berdasarkan piawai World Health Organization (WHO).

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, arahan-arahan dibawah perlu diambil perhatian sebelum mengeluarkan sampel:

  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum sampel dikeluarkan.
  • memaklumkan kepada jururawat bertugas sekiranya anda sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan kebelakangan.
  • anda digalakkan untuk bermasturbasi
  • jangan gunakan sebarang pelincir, sabun atau minyak wangi ketika mengeluarkan sampel.
  • semasa mengeluarkan sampel, elakkan dari tertumpah.
  • sampel mesti dihantar ke makmal dalam tempoh satu jam selepas diejakulasi.
  • mengeluarkan sampel di pusat kesuburan

Di makmal, setelah sampel mencair, parameter-parameter berikut akan diperhatikan:

Semen-Analysis Analisa Semen
metro_faq_item_4-Malay Analisa Semen

Walaubagaimanapun, keputusan analisa semen boleh dipengaruhi dan bergantung kepada individu, faktor persekitaran dan fisiologi.Anda dinasihatkan supaya mengulang semula ujian ini sekiranya keputusan adalah abnormal. Seorang lelaki tidak boleh dikatakan tidak subur selagi beliau mempunyai sperma yang hidup di dalam semennya.

Anda boleh meningkatkan kualiti semen dengan:

1. Elakkan pengambilan alkohol,
2. Tidak merokok,
3. Elakkan daripada terdedah kepada suhu tinggi contohnya sauna,kolam air panas,dll.
4. Mengambil zink atau vitamin E sebagai sumber makanan tambahan,
5. Mengambil antibiotik yang dicadangkan oleh doktor sekiranya terdapat wbc yang tinggi dalam sampel semen.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH