flowchart_3_malay Intrauterine Insemination (IUI)

Aliran Kitaran IUI

Intrauterine Insemination (IUI) adalah proses inseminasi sperma yang telah dicuci dan diproses ke dalam rahim semasa ovulasi berlaku. IUI hanya boleh dijalankan pada mereka yang mempunyai Rahim dan tiub fallopio paten sahaja. Indikasi IUI termasuk:

1. disfungsi ovulasi
2. mucus servik yang tidak mencukupi
3. endometriosis tahap sederhana
4. factor lelaki tahap sederhana (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. factor imunologi (antibodi antisperm)
6. kemandulan yang tidak dapat dijelaskan
7. derma sperm

Semasa IUI, anda akan menjalani rangsangan awal ovari. Rangsangan ovari dicapai dengan pengambilan clomiphene oral setiap hari bermula pada Hari ke 3 selama 5 hari. Suntikan FSH setiap hari akan bermula pada Hari ke 5. Apabila folikel mencapai saiz diameter kira-kira 17mm, hCG akan diberikan untuk mematangkan telur dan mencetuskan ovulasi. IUI biasanya akan dilakukan dalam masa 24 hingga 36 jam kemudian.

Timeline-for-IUI-cycle Intrauterine Insemination (IUI)

Jadual masa kitaran IUI

Pada hari IUI tersebut, pasangan lelaki akan mengeluarkan air mani beliau secara masturbasi sama seperti proses analisis sperma. Beliau dinasihatkan supaya mematuhi arahn seperti di bawah:

 

  • mengkangkan diri dari hubungan seks 3-5 hari sebelum mengeluakan sampel
  • memaklumkan kepada jururawat sekiranya sakit atau mengambil ubat dalam masa 2 bulan
  • pengumpulan sampel secara masturbasi adalah digalakkan
  • membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih sebelum pengumpulan sampel
  • jangan menggunakan pelincir , sabun atau mekai minyak wangi semasa pengumpulan sampel
  • elakkan tumpahan semasa pengumpulan air mani dilakukan

 

Prosedur IUI

Doktor akan memasukkan spekulum ke dalam faraj anda, kerana sama seperti dalam ujian smear , untuk membuka dinding vagina anda. Kateter kecil (tiub fleksibel yang lembut) maka akan dimasukkan ke dalam rahim anda melalui serviks. Sperma yang berkualiti terbaik akan dipilih dan dimasukkan melalui kateter.

Keseluruhan proses hanya mengambil masa beberapa minit dan biasanya tidak menyakitkan. Sesetengah wanita mungkin mengalami kekejangan sementara, sama seperti datang haid dan dinasihatkan untuk berehat selama satu jam sebelum pulang ke rumah.

Ujian kehamilan air kencing atau serum akan dilakukan dua minggu selepas prosedur untuk mengesahkan kehamilan

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH