Dalam setiap kitaran haid, kira-kira 30 folikel primordial diransang untuk berkembang. Walaubagaimanapun, hanya satu folikel yang dominan akan matang dan menjadi folikel Graaf. Semasa folikel dominan berkembang menjadi folikel Graaf iaakan merencatkan perkembangan folikel yang laindan menyebabkan kemerosotan folikel-folikel tersebut. Oleh itu, semasa kitaran haid hanya satu ovum dari folikel Graaf yang akan matang. Semasa folikel Graaf mencapai saiz 16mm, hormon LH akan meningkat dan meransang ovulasi semasa kitaran.

Dalam satu kitaran aruhan ovari, terapi hormon digunakan untuk meransang ovari bagi meningkatkan perkembangan dan kematangan beberapa folikel untuk mendapatkan lebih banyak folikel Graaf dan ovum yang berkualiti. Dengan ini, beberapa folikel akan berkembang menjadi folikel Graaf dan akan diovulasikan dalam satu kitaran.

Terdapat dua jenis rawatan untuk meransang ovulasi. Kaedah ini menggunakan ubatan yang berpotensi untuk membantu kehamilan sekiranya pesakit wanita menghasilkan kualiti dan kuantiti ovum yang baik dari ovari, dan sekiranya masalah ketidaksuburan yang lain tidak berlaku.

Ransangan ovari menggunakan Clomid untuk IUI atau time intercourse.

flowchart_2_malay Induksi Ovulasi

Ia merupakan rawatan ringkas di mana ovari akan diransang dengan pengambilan pil (clomiphine citrate) untuk menghasilkan 2 atau 3 ovum bagi menggalakkan persenyawaan berlaku semasa hubungan seks pada tarikh yang dijangka. Ini adalah altenatif terbaik untuk pasangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormone dan PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Dalam rawatan ini clomiphine citrate perlu diambil dari hari ke-3 hingga hari ke-7 haid. Penjejakan folikel melalui imbasan transvagina akan dilakukan untuk memantau pertumbuhan folikel setiap 2 hari bermula dari hari ke-12 haid sehingga folikel mencapai saiz matang. Folikel matang akan mencapai saiz 17-18mm. Apabila folikel telah matang pesangan dinasihatkan untuk mengadakan hubungan seks atau menjalani IUI. Selepas 2 minggu ujian air kencing atau ujian darah untuk menentukan kehamilan boleh dijalankan.

Stimulasi ovari menggunakan suntikan FSH untuk IVF (Controlled Ovarian Hyperstimulation)

Ubat suntikan yang digunakan untuk merangsang ovari adalah Follicle Stimulation Hormon (FSH). FSH adalah lebihkesan kesannya berbanding menggunakan Clomiphene dan akan menyebabkan lebih banyak telur berkembang dan matang. Tujuannya adalah untuk menghasilkan 5 hing 15 telur matang untuk rawatan IVF.Ia juga dikenali sebagai Controlled Ovarian Hperstimulation (COH). Apabila folikel mencapai saiz optimum iaitu 17mm, suntikan HCG akan diberikan untuk merangsang ovulasi.

Terdapat tiga protokol COH yang digunakan untuk menghasilkan sebanyak telur yang mungkin semasa rawatan IVF iaitu:

Pemilihan protokol akan ditentukan oleh pakar IVF kami dn ianya bergantung kepada umur, tahap hormon dan bilangan telur pesakit.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH