Lebihan embrio daripada rawatan IVF anda boleh dibekukan untuk kegunaan masa depan , bergantung kepada kualiti dan juga keputusan embrio yang terhasil daripada kitaran IVF tetapi tidak dipindahkan pada akhir kitaran boleh disejukbekukan dan disimpan.

Apabila pesakit sudah bersedia untuk mempunyai anak yang lain, embrio beliau akan dicairkan dan dipindahkan ke rahim pada masa yang sesuai dalam kitaran haid . Proses ini dipanggil pemindahan embrio beku ( FET ).

Pesakit yang bersedia untuk melakukan prosedur FET perlu menjalani ujian darah dan imbasan ultrabunyi untuk mengenalpasti masa terbaik untuk pemindahan embrio dapat dilakukan. Sesetengah pesakit FET perlu mengambil ubat hormon sebagai persedian untuk pemindahan embrio.

FET mempunyai kadar kejayaan kes yang tinggi dan tidak memerlukan prosedur IVF yang penuh.

Sesetengah pesakit juga boleh menjalani pemindahan embrio beku secara natural di mana tidak memerlukan supplemen hormon tambahan.

Kitaran FET

Kitaran semulajadi

Pemindahan embrio beku boleh dilakukan sama ada dalam kitaran dirangsang atau tidak diransang . Semasa kitaran semula jadi yang tidak diransang, embrio akan dipindahkan apabila implantasi atau penempelan mungkin berlaku.

Kitaran perubatan

Dengan kitaran perubatan, anda perlu mengambil ubat-ubatan untuk melalui proses ‘down-regulation’. Ini akan menghentikan ovari buat sementara waktu untuk menghalangnya menghasilkan ovum. Anda akan mejalani imbasan pada hari ke dua atau tiga haid dan mula mengambil ubat untuk menyediakan rahim anda bagi pemindahan embrio.

Ujian imbasan ultrabunyi kedua adalah pada hari ke lapan atau sembilan akan dilakukan untuk memeriksa ketebalan endometrium anda. Apabila ia adalah mencapai ketebalan yang sesuai kita boleh memulakan proses pencairan embrio dan pemindahan .

Pemindahan Embrio

Pemindahan embrio adalah sama dengan ujian Pap smear . Ia boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Kultur medium yang mengandungi dua atau tiga embrio diambil menggunakan kateter nipis dengan picagari. Kateter tersebut dengan teliti dimasukkan ke dalam faraj dan serviks dan kemudian embrio itu ditekan keluar ke dalam uterus atau rahim.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH