Ketidaksuburan didefinisikan sebagai kegagalan pasangan mendapatkan anak setelah setahun mengamalkan seks tanpa sebarang perlindungan. Kekerapan yang dicadangkan adalah dua kali seminggu. Sekiranya isteri anda berusia 35 tahun ke atas, dapatkan nasihat doktor selepas 6 bulan mencuba kerana kadar kehamilan merosot apabila wanita mencapai usia 35 tahun.

Tidak. Ia merupakan masalah yang dialami oleh lelaki dan wanita. Kedua-dua pasangan mempunyai kebarangkalian mengalami ketidaksuburan. Oleh itu, kaum lelaki juga perlu terlibat secara aktif dalam menjalani rawatan ketidaksuburan.

Kajian menunjukkan 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah ketidaksuburan. Bagi pasangan yang berumur 35 tahun ke atas, kekerapannya adalah lebih tinggi iaitu 1 daripada 3.

Keputusan analisis semen boleh berubah bergantung kepada tahap kesihatan fizikal dan bilangan hari sejak kali terakhir semen dikeluarkan. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengulang analisis semen sekiranya keputusan adalah di luar julat normal.

metro_faq_item_4-Malay FAQs

Tiada ubat atau rawatan mudah untuk meningkatkan kualiti semen. Pilihan terbaik adalah dengan menjalani teknik reproduktif bantuan (assisted reproductive technique (ART)).

2-3 hari adalah memadai. Jangka masa ini memberikan ruang untuk regenerasi. Sampel yang disimpan terlalu lama biasanya mengandungi sperma yang telah mati, bilangan sel darah putih yang tinggi dan lain-lain bahan terampai.

Jangka hayat sperma yang normal dan sihat mencapai 48-72 jam selepas ejakulasi.

Hari pertama adalah hari anda dapat melihat darah keluar. Hari terdapat tompokan bewarna coklat tidak dianggap sebagai hari pertama..

Tidak. Bagi setiap wanita yang normal, 30 telur akan berkembang di dalam ovarinya setiap bulan. Walaubagaimanapun, hanya satu daripadanya yang akan matang dan diovulasikan sementara yang lain akan merosot dan diserap semula oleh badan. Dalam COH, ubat-ubatan diberi untuk memastikan beberapa telur matang serentak.

Folikel terbesar sepatutnya mencecah sekurang-kurangnya 18 mm sebelum mengambil suntikan hCG. Fungsi hCG adalah untuk meransang ovulasi selepas 36 jam berikutnya.

Folikel membesar secara purata 1 hingga 2 mm dalam sehari.

Majoriti pasangan yang mencuba Clomid berjaya selepas 4-5 percubaan. Anda patut mencuba 2-3 percubaan sebelum beralih kepada IUI.

Selepas mencuba 2 kali IUI anda boleh mempertimbangkan untuk beralih kepada IVF. Ini kerana, kadar kejayaan semakin merosot selepas 2 kali percubaan. Sekiranya anda mempunyai masalah tiub tersumbat, IUI tidak dapat membantu. Oleh itu, anda boleh terus mendapatkan rawatan IVF.

Anda boleh menjalani rutin harian (termasuk bekerja) diperingkat awal rawatan. Walsubagaimanapun, sebaik sahaja embrio dipindahkan ke dalam uterus, anda perlu banyak berehat. Anda perlu mengelak dari mengangkat barang-barang berat, pergerakan yang keterlaluan dan perjalanan yang jauh. Anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya kecuali atas nasihat doktor.

Anda tidak perlu bermalam di wad kerana kedua-dua prosedur pengumpulan telur (OPU) dan pemindahan embrio (ET) adalah prosedur harian.

Anda boleh mengetahui keputusan dalam masa 2 minggu selepas rawatan.

Purata kadar kejayaan (IVF dan ICSI) di Metro adalah 40%-65%, bergantung kepada umur pesakit, faktor ketidaksuburan, bilangan ovum yang didapati semasa pemgumpulan ovum, bilangan embrio yang boleh dipindah dan kualiti sperma.

Kadar keguguran bagi kandungan IVF adalah lebih tinggi berbanding kandungan semulajadi. Bagi kandungan IVF kebarangkalian keguguran adalah 20% manakala bagi kandungan semulajadi kebarangkaliannya adalah 10%.

Insiden malformasi kongenital dikalangan bayi IVF adalah 2%. Ianya lebih tinggi sedikit berbanding kandungan semulajadi. Walaubagaimanapun, risiko ini adalah berpunca dari faktor maternal dan bukan disebabkan oleh prosedur IVF. Ini kerana, Individu yang menjalani IVF biasanya telah berumur dan kualiti ovum telah merosot.

Anda boleh hantar email kepada inquiry@metro.com.my atau telefon Miss Lee/ Nurol/ Gladys di 33412277.

Metro IVF terletak di 32, Jalan Pasar 41400 Klang. Sila gunakan peta lokasi sebagai panduan untuk perjalanan anda. Kalau anda dari KL, anda boleh mengunjungi cawangan kami di 107, Jalan Changkat Thambi Dolla, Kuala Lumpur atau Subang di 36, Ground Floor, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Satu rawatan IVF (daripada stimulasi ovari hingga penentuan kehamilan) mengambil masa lebih kurang 6 minggu.

Anda memerlukan 8 hingga 15 kali kunjungan klinik untuk satu rawatan IVF.

Ya, anda boleh mengandung walaupun suami anda tidak ada sperma (azoospermia). Ini boleh dicapai dengan surgeri pengumpulan sperma (MESA, PESA, TESE) jika faktor azoospermia adalah disebabkan oleh vas deferens. Jika anda menghadapi masalah azoospermia prima, anda boleh cuba pendermaan sperma.

Ya, jika anda tidak boleh menghasilkan telur sebab menopause atau premature ovarian failure, anda masih boleh mengandung dengan IVF dan pendermaan telur. Kadar kejayaan untuk rawatan pendermaan telur adalah lebih tinggi atau sama dengan IVF.


START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH