Embrio mempunyai kapsul telus nipis yang mengelilinginya dipanggil zona pellucida (ZP). ZP memainkan peranan penting dalam melindungi embrio sehingga peringkat blastosis. Biasanya, ZP akan memecah pada peringkat blastosis untuk membolehkan sel-sel dalaman embrio untuk implan pada endometrium dalam rahim. Dalam erti kata lain, sebelum embrio boleh implan ke dalam endometrium, ia mesti menetas keluar dari ZP.

Terdapat bukti-bukti mengatakan bahawa beberapa wanita, ZP mereka menjadi tebal, keras dan ini menyekat embrio dari menetas. Dalam kes lain, embrio mempunyai tenaga yang mencukupi untuk keluar dari ZP . Tanda-tanda memerlukan bantuan penetasan adalah mereka yang mempunyai embrio dengan ZP tebal atau megalami kegagalan kitaran IVF berulang. Bantuan penetasan dibantu dengan membuat lubang di ZP supaya memudahkan sel-sel dalaman untuk menetas.

Proses bantuan penetasan adalah memakan masa dan memerlukan mikroskop yang bereknologi tinggi, mikro- manipulator dan embryologist yang mahir. Embrio ini diletakkan di tempat oleh mikro tip pipet vakum . Lubang di ZP dibuat dengan cara-cara mekanikal, kimia atau laser (lihat video).

Proses bantuan penetasan dikaitkan dengan kerosakan kepada embrio (1%), meningkatkan kebarangkalian kembar seiras dan kecacatan janin.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH