Malaysia kini menjadi kawasan yang popular bagi pelancongan perubatan , Metro IVF juga merupakan salah satu destinasi utama bagi pesakit antarabangsa. Apapun alasan anda untuk mendapatkan rawatan jauh dari rumah, proses ini boleh menjadi lebih mudah, lebih selamat, lebih cekap dan berpatutan daripada yang anda fikirkan, kerana Metro IVF sentiasa bersedia melayani pesakit kami dari seluruh dunia. Anda boleh bergantung kepada ketelitian, kepakaran dan pengalaman kami.

Anda boleh menghubungi kami melalui email inquiry@metro.com.my untuk temujanji atau sebarang pertanyaan. Anda juga boleh menghubungi Kaunselor IVF kami di +6019-2900 938 melalui panggilan telefon, mesej, atau Whatsapp.

Sokongan Untuk Pelanggan Antarabangsa

Bagi memastikan keberkesanan setiap lawatan oleh pelanggan kami, Metro IVF telah mengecilkan dan meringkaskan rawatan IVF untuk hanya dua lawatan sahaja. Ini bermakna anda boleh merancang dengan lebih baik.

Semasa lawatan pertama, anda akan menjalani penilaian pra-rawatan untuk menentukan rangsangan protokol yang terbaik untuk anda. Anda akan dibekalkan dengan jadual rawatan anda berserta ubatan yang diperlukan apabila anda pulang ke rumah. Lawatan ini mengambil masa dua (2) hari. Anda juga akan diberikan kaunselor untuk membimbing anda sepanjang keseluruhan proses dalam apa jua bentuk saluran komunikasi yang anda suka (contohnya e-mel, panggilan telefon, mesej teks).

Dalam lawatan kedua, pasukan di Metro IVF akan melaksanakan penilaian akhir folikel, penyediaan rahim, pengambilan oosit, pemindahan embrio dan sokongan luteal. Lawatan ini akan mengambil masa 10 hingga 12 hari.

Sila rujuk diagram di bawah untuk gambaran lebih lanjut tentang pengurusan kitaran IVF kepada pelanggan antarabangsa kami.

flowchart_4_malay Antarabangsa

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Metro IVF terletak di Klang , Selangor, kira-kira 50 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Ia mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan dengan kereta dari KLIA ke Klang. KLIA adalah salah satu penerbangan utama di Asia yang memberi khidmat kepada lebih 50 syarikat penerbangan dari negara-negara di seluruh dunia.

Anda boleh memilih mana-mana satu, atau kombinasi pilihan ini:

Teksi

Dapatkan teksi di lapangan terbang yang mana anda tiba di dan pemandu teksi akan membawa anda terus ke Metro IVF. Anda boleh menyemak kadar bayaran di www.klia-limo.com/#rates. Bergantung kepada trafik , ia mengambil masa kira-kira 60 minit jika anda datang dari KLIA/KLIA 2, dan 30 minit dari Lapangan Subang (Aziz Shah Sultan Abdul).

Aerobus

Ambil Aerobus (semak kadar di sini) dari KLIA / KLIA 2 ke Hotel Premiere di Klang. Bergantung kepada trafik, ia akan mengambil masa 75 minit. Dari Premiere Hotel, anda boleh mengambil teksi ke Metro IVF. Ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

ERL (Express Rail Link)

Ia akan membawa anda ke KL Sentral (semak kadar di sini), di manaanda boleh memilih antara menggunakan KTM atau teksi untuk sampai ke Metro IVF.

KTM Komuter

Dari KL Sentral, anda boleh mendapatkan perkhidmatan KTM Komuter (semak kadar di sini) untuk pergi ke Metro IVF. Ia akan mengambil masa lebih kurang 60 minit. Apabila tiba di stesen Klang, Metro IVF aalah berjarak 15 minit berjalan kaki. Anda juga boleh memilih untuk menaiki teksi apabila tiba di stesen Klang untuk ke klinik kami .

Di mana untuk menginap?

Terdapat 3 hotel berhampiran yang hanyajarak berjalan kaki sahaja dari Metro IVF. Hotel Premiere berjarak kira-kira 8km dari Metro IVF. Dengan menaiki kereta dari Hotel Premiere ke Metro IVF akan mengambil masa kira-kira 15 minit.

1. GoldCourse Hotel

2. Comfort Hotel

3. Family Hotel

4. Premiere Hotel

Sila ambil perhatian bahawa Premier Hotel adalah kira-kira 8km dari Metro IVF, dan mengambil masa kira-kira 20 minit menaiki kereta.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH